SELAMAT DATANG DALAM BLOG AMIRUL PARIS, TERIMA KASIH

Tuesday, November 27, 2012

bulan 12 bulan yang sibuk....
benar juga memikirkan bulan yang menentukan segalanya, kekadang memikirkan bulan 12 pasti sibuk dengan aktiviti yang terutama sekali di dalam minda ialah "bercuti"..suatu gambaran yang tepat mengenai sesuatu keindahan dan ketenangan yang akan dicipta..
ada juga berbincang bersama isteri yang tercinta di mana target lokasi cuti-cuti Malaysia yang akan dipergi...bila terfikir Aqif teringin nak ke Zoo melihat haiwan-haiwan yang pasti mengembirakan hati.
akhirnya dapat juga keputusan setelah lama berbincang tempat destinasi yang akan dituju ialah "Zoo Taiping, Perak". Serius memang tak pernah pegi nasib baik ada Garmin senang sikit search jalan.
So tunggu jelah apa yang jadi Insyallah...

                                                                                                               

Sunday, November 18, 2012

renungan mata hati

bila terfikir apa yang nak dilakukan bagi menambah pendapatan seterusnya meningkat taraf hidup keluarga..pening lalu aku terlihat warga asing yang gigih mengayuh basikal sambil membawa dan menjual karpet dan barangan kelengkapan rumah menyebabkan aku cemburu dan terfikir sejenak " macamana orang luar boleh kaut untung dalam negara sedangkan kita ni anak jati tak dapat"

"think"

ahaa...dapat jawapannya gigih dan kuat semangat cekal berdidikari, hanya fikirkan kalau rajin semua jadi..gagal sekali bukan beerti gagal selamanya kan....hemmmm

ada juga berfikir nk berniaga apa?
insyallah bulan 12 ni akan memecahkan segala kehendak hati dan kemahuan untuk berjaya..betul biar lambat asalkan selamat dan ia bukan lambat asalkan lembab...harap insyallah berjaya..
                                                                                             
                                                                                          kepada keluargaku
                                                                                               amirulParis

Wednesday, November 14, 2012

Pengalaman yang menakjubkan apabila sesuatu permulaan dilakukan bersama-sama keluarga iaitu "Blog" hehehe..sungguh tak sangka detik permulaan maal hijrah ini diisi dengan sepenuh cita-cita..ramai yang memilih untuk berjaya dan hidup senang namun ramai juga terlupa setiap gerak-geri tindakan pasti ada sumbang yang menanti..tapi jika gigih pasti berjaya..


                                                                                                    coretan pertama,
                                                                                                     amirulaqif